Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) - 9 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

Gaji:
Minimum : RM2,529.00
Maksimum : RM9,643.00 


2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

Gaji:
Minimum : RM1,353.00
Maksimum : RM4,005.00


Cara-cara Memohon:

(a) Semua permohonan jawatan dimestikan menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara dalam talian (online). Sila ke pautan yang diberikan seperti di bawah: https://bit.ly/PermohonanJawatanMPJ2024

(b) Iklan Jawatan Kosong ini boleh dicapai dengan melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin (http://www.mpjasin.gov.my).

(c) Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

(d) Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim Perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada pautan iklan jawatan kosong di Laman Web Rasmi MPJ.

(e) Permohonan secara dalam talian ini hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Kelayakan Akademik dan salinan sijil-sijil yang berkaitan bagi menyokong permohonan jawatan ini. Sila pastikan setiap dokumen yang dimuat naik tersebut hendaklah DISAHKAN.

(f) Ijazah / Diploma / Sijil yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/esisraf, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

(g) Pegawai-pegawai Kerajaan / Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedang berkhidmat dikehendaki membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.

(h) Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Februari 2024 (Jumaat).

(i) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya: -

i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

ii. Tidak lengkap;

iii. Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2024 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap Jawatan



Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

Pengenalan

Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.

Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

Pejabat  Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat  ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa  pemerintahan Raja George VI.