Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) - 31 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)


Jawatan:

1. PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29

Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95)


Syarat Tambahan:

(a) Mempunyai pengalaman dalam bidang kepustakawan minima tiga (3) tahun.

(b) Mempunyai kemahiran kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan interpersonal yang baik.


Cara-cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong PERPUSTAM. Borang permohonan boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka di alamat www.perpustam.gov.my

b. Pemohon hendaklah mencetak dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

c. Borang permohonan perlulah disertakan dengan gambar terbaharu berukuran passport dan setiap dokumen yang disertakan MESTI DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional) / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

d. Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

i. Salinan Sijil Kelahiran

ii. Salinan Kad Pengenalan

iii. Salinan sijil akademik/ kemahiran daripada Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS), persekolahan dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.

iv. Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

e. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

f. Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran dan kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2024 (Rabu)




Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

Latar Belakang

1881 - Khutub Khanah Melaka telah ditubuhkan bertempat di Bangunan Stadthuys, BandaHilir. Nama Khutub Khanah Melaka kemudiannya telah ditukar nama kepada Henry Gurney Memorial Library.

1960 - Khutub Khanah Bergerak yang pertama telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Encik Abdul Ghaffar bin Baba di Sungai Rambai, Melaka.

1966 - Khutub Khanah Melaka telah berpindah ke Dewan Hang Tuah dan namanya ditukar kepada Perpustakaan Melaka. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB En. Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Malaysia.