Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 22 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Jadual Gaji:
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional
Jadual Gaji : RM 2,080.00 (Minimum) RM 9,546.00 (Maksimum)

Kadar Elauni:
Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00
Bantuan Sara Hidup RM300.00


Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/ Kelayakan Khusus : ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan : RM 2,080.00

ATAU
Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian Bidang/ Kelayakan Khusus : ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan : RM 2,283.43

DAN
Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
Kelayakan Khusus : Pengurusan Hartanah dan Pengurusan Kewangan


Deskripsi Tugas:

a) Membantu mengawalselia, menyelaras, mengesahkan dan memantau program/aktiviti berkaitan pemberimilikan, peletakhakan, pelepasan, pewartaan, penilaian, penjualan, tukar syarat, bayaran cukai tanah, cukai membantu kadar (CMK)/ Cukai Taksiran, bayaran premium dan merekodkan aset tanah keretapi untuk memastikan ianya diuruskan dengan cekap dan sistematik.

b) Membantu, merancang dan menyelaras program/aktiviti pemantauan & penguatkuasaan dengan lebih sistematik done fektif.

c) Menyelaras dan merancang kerja-kerja ukur, penyediaan pelan ukur dan data Geospatial.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 22 Januari 2024 pukul 12.00 tengah har





Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).