Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - 28 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S48

Syarat Kelayakan Minimum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

v. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Syarat Kelayakan Minimum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

ii. Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; dan

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iv. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan Diploma Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Komputer);


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Syarat Kelayakan Minimum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Makluman:

Semua kekosongan jawatan di atas perlu di mohon di Laman Web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) sebagaimana yang admin sediakan link di bawah. Semoga berjaya.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Januari 2024 (Ahad)





Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

Berdasarkan Fasal 4 keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri  :-

4. (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada :-

i)   Seorang Pengerusi
ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii)  Tidak kurang daripada empat (4) orang ahli lain, yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar.