Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 11 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

Gred : C29
Kategori : Bukan Akademik
Gaji : RM 1,505.00 - 5,696.00


Ringkasan Tugas:

1. Menguruskan urusan pentadbiran pejabat bagi memastikan operasi pejabat Pusat Haiwan Makmal berjalan dengan lancar

2. Memantau dan memastikan tahap kesihatan kesemua haiwan makmal seperti tikus dan mencit dan monyet di dalam keadaan sihat dan aktif.

3. Mengajar pelajar praktikal kursus Medical Laboratory Technology (MLT) PPUM mengikut silibus yang telah ditetapkan.

4. Menyusun dan mengatur penyelidikan di setiap unit agar lebih berkesan

5. Menyediakan flyer promosi untuk Pusat Haiwan Makmal setiap bulan.

6. Memastikan pembuangan sampah biasa dibuang ke dalam tong hitam dan sisa klinikal dibuang ke dalam tong sampah kuning di luar makmal


Kelayakan:

1. Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan, atau

2. Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.



2. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Gred : N11
Kategori : Bukan Akademik
Gaji : RM 1,216.00 - 2,983.00


Deskripsi Tugas:
  1. Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  2. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on


Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

a. warganegara Malaysia; dan 

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 

c. i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

atau

ii) PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh akhir permohonan adalah pada : 28 Januari - 11 Februari 2024




Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar. Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929).