Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia - 16 Februari 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF PENJANAAN DANA & KOMUNIKASI KORPORAT GRED 41/44

Bidang Tugas:

- Mengadakan libat urus dan merancang program penjanaan dana yang bersesuaian bersama badan korporat, agensi kerajaan, IPT/IPTS, sektor korporat

- Menyediakan laporan, menyelia, memantau dan melaporkan prestasi perlaksanaan program penjanaan dana

- Mempunyai copy writing skill dan berkemahiran di dalam penulisan laporan/buletin dan lain-lain penerbitan

- Mempunyai graphic dan video editing skill yang baik

- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Februari 2024


2. EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 29

Bidang Tugas:

- Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna

- Bertanggungjawab mengendalikan sistem-sistem yang sedia ada di organisasi

- Boleh bekerja dengan pro-aktif dan ‘result oriented’ dengan pengawasan yang minimum

- Mempunyai peribadi yang baik, boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi

- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa


3. EKSEKUTIF (GRAFIK & MULTIMEDIA) GRED 29

Bidang Tugas:

- Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahanbahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan

- Mengemaskini kandungan Laman Web YKN secara kreatif, posting kreatif bagi platform media sosial YKN seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain yang berkaitan

- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Februari 2024


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah 

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Sejarah Penubuhan

Menjelang akhir tahun 70-an, terdapat banyak rayuan bantuan daripada rakyat terutama dari keluarga miskin atau mereka yang kurang bernasib baik dan yang perlu dihantar ke luar negeri bagi rawatan segera pembedahan jantung berlubang.​

Rayuan tersebut telah dikemukakan kepada badan-badan kerajaan dan setengahnya disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan untuk mendapatkan belas kasihan orang ramai. Malangnya, rayuan ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya, mungkin ianya diluar skop bantuan jabatan kerajaan mahupun agensi swasta yang berkenaan.

Walaupun pihak akhbar memainkan peranannya namun kerumitan masih ada. Derma yang diminta kadangkala tidak mencukupi atau lewat sampai. Keputusan yang diterima selalu mengecewakan. Kementerian Kebajikan Masyarakat walaupun mempunyai berbagai skim bantuan, namun skim bantuan dan kadar maksimum bantuannya adalah terhad. Justeru itu, keadaan ini telah menggalakkan penubuhan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

Post a Comment