Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 13 Februari 2024 [7 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA/SARJANA/DOKTOR FALSAFAH

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 - 7 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau  
   
(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau  
   
(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau  
   
(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau  
   
(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau  
   
(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Februari 2024 (Selasa) 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.