Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Penang Development Corporation - 21 Februari 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Penang Development Corporation | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Penang Development Corporation


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (KONTRAK)


Syarat Lantikan:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, antarabangsa tau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  3. Memiliki pengalaman dalam mengendalikan tugas-tugas yang melibatkan Undang-Undang Tanah, Undang-Undang Kontrak, Undang-Undang Syarikat dan Undang-Undang Strata.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam menderaf surat/perjanjian, mengendalikan kerja-kerja conveyancing serta memberikan khidmat nasihat perundangan. 
  5. Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima.
  6. Boleh bekerja secara berkumpulan.
  7. Mempunyai kemahiran dalam menyelaras, merancang dan mengatur tugasan serta menyelesaikan dalam tempoh masa yang singkat.
  8. Mempunyai integriti yang tinggi dan telus dalam urusan kerja harian.

Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:
  1. Meneliti, mengkaji dan menderaf dokumen-dokumen perundangan dan hal-hal komersial.
  2. Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu perundangan di dalam sesebuh kontrak dan rundingan yang dikendalikan.
  3. Berurusan dan berunding dengan peguam (tempatan dan luar negara) dan/atau pihak-pihak yang berkaitan mengenai isu-isu perundangan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh PDC termasuk proses penyempurnaan pindah milik.
  4. Menjalankan kajian mengenai isu-isu perundangan, akta, garis panduan dan pekeliling serta dapat memberikan khidmat nasihat perundangan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
  5. Mengenal pasti dan mencadangkan penambahbaikan kepada prosedur undang-undang dan dokumen kontrak sedia ada.
  6. Melaksanakan segala tugas yang diarahkan selain daripada yang dinyatakan di atas seperti yang diarahkan oleh Pengurus Kanan Bahagian.

Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan resume terkini yang lengkap dengan Salinan sijil ke PDC Premier Holding Sdn Bhd beralamat di 

PDC Premier Holdings Sdn. Bhd
Level 4 ,  Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu,
No. 1,  Pesiaran Mahsuri,
11909 Bayan Baru, Pulau Pinang
via e-mail to sumbermanusia@pdc.gov.my or jobstreet Malaysia

Only shortlisted candidates will be notified.  


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2024


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Cara Mohon


Jawatan Kosong 2024 di Penang Development Corporation

Latar Belakang

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah ditubuhkan pada 17 November 1969 merupakan agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sejak penubuhannya, PDC telah dipertanggungjawapkan untuk menerajui pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga Pulau Pinang.

Aktiviti utama PDC termasuklah menjadi tenaga pemikir kerajaan Negeri, pembangunan taman perindustrian, pembangunan perbandaran, pembangunan semula bandar, perumahan mampu-milik dan pelaburan.

Sejak penubuhannya, PDC terus berkembang dan usahanya untuk pembangunan industri dan perumahan telah meletakkan Pulau Pinang sebagai peneraju perindustrian, pelancongan dan hab perkhidmatan di rantau ini.

Visi PDC ‘Untuk menjadi agensi Kerajaan Negeri utama yang berusaha ke arah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih kondusif melalui pembangunan sosio-ekonomi yang lestari’ merupakan panduan bagi semua perancangan untuk negeri Pulau Pinang dan warganya.

Strategi PDC termasuklah merancang dan membangunkan kawasan perindustrian lengkap dengan kemudahan, infrastruktur yang baik, meningkatkan bank tanah PDC di kawasan strategik bagi pembangunan industri dan pembangunan bercampur, menyediakan kediaman mampu milik untuk semua lapisan masyarakat, pembangunan semula bandar George Town melalui pembangunan semula KOMTAR dan pembangunan ‘greater’ KOMTAR dan memacu perancangan dan pembangunan bandar ketiga PDC iaitu Batu Kawan.

PDC akan terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan di Pulau Pinang, bekerja seiring dengan sektor awam dan swasta sebagai rakan pembangunan dan selaras dengan wawasan negeri untuk mencapai status bandar antarabangsa.

Post a Comment