Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) - 28 Februari 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam bidang perundangan;

(b) Kelulusan / Kemahirani: -

i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii) Sijil Amalan Guaman

iii) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iv) Kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dengan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

v) Mahir mengendalikan komputer dan perisian Ms Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya;

(c) Keutamaan kepada calon berikut:-

i) Bolen bekerja secara berdikari dengan pengawasan minima dan berdisiplin, Integriti, amanah, bertanggungjawab dan ketelitian dalam tugas yang diberi.

ii) Rajin, berdaya saing, bertanggungjawab, komited, berdedikasi tinggi, boleh bekerja dalam pasukan dan bersikap profesional.

iii) Bersedia untuk bekerja lebih masa;

iv) Perwatakan menarik, sihat tubuh badan dan berat badan ideal

v) Peka dalam aspek Undang-undang/pemikiran strategik/kepimpinan berteraskan nilai dan etika.

vi) Berpengalaman dalam proses penyelesaian sesuatu kes di mahkamah samada dalam kes-kes Pendakwaan atau Guaman

vii) Boleh memandu, mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu (B2 atau D):


Deskripsi tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, litigation, conveyancing,
perjanjian korporat, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan dan lain-lain tugas berkaitan perundangan.


Cara Memohon:

Surat Permohonan dan Resume boleh diemailkan ke pengurus@pkps.gov.my
Atau dihantar ke alamat berikut :-

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD.
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Tingkat 10, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40675 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said)
No. Telefon : 03-5650 2400


Catatan Am:

(a) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(b) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil
temuduga.

(c) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

i) selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

ii) selepas 3 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

(d) Jika layak dipanggil temuduga tuan/puan perlu membawa (Sijil Asal & salinan):-

i) Salinan Kad Pengenalan;

ii) Salinan Sijil Kelahiran;

iii) Salinan Sijil Kelulusan dari Institusi Pengajian Tinggi;

iv) Salinan Sijil Kemahiran (jika ada);

v) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

vi) Salinan Sijil-sijil lain yang boleh menyokong permohonan;

vii) Sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan);

viii) Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin).


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2024 (Rabu)





Info PKPS

Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

Post a Comment