Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak - 28 Februari 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Taman Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Kelayakan / Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan

c) (i) ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi Pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00);
 
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi Pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).


2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Kelayakan / Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan

c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)
(Gaji permulaanialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

(iii) Sijil Amalan Guaman
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); 


Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak


3. JURUTERA GRED J41

Kelayakan / Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan

(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia
(Gaji permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)


Cara Memohon:

- Pemohon yang berminat hendaklah mengisi secara online di e-perjawatan, portal Digital Perak.


Catatan:

- Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2024 (Rabu)

- Permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dan tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak Berjaya.

- Calon yang dipanggil temuduga perlu membawa sijil asal semasa sesi temuduga dijalankan.

- Segala kos pengangkutan adalah dibawah tanggugan sendiri.


* Sila baca iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini




Latar Belakang

Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6). Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak. Ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara. Mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar.

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam (pemerintahan Raja Reman / Rahman) yang dikenali sebagai Wan Agas. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Tok Mekong Gas dan Tok Pulang Hari.

Post a Comment