Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) - 29 April 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)


Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Klasifikasi : Kemahiran
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,218.00 - RM2,939.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia:

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

ii Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/l yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)], dan

ii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

a) Lesen D: RM1,264.15
b) Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
c) Lesen F/H: RM1,356.45
d) Lesen G/l: RM1,402.60


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Catatan Am:

a) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.

b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak beraya.


Cara Memohon:

a) Sila klik pautan ini untuk mengisi maklumat pemohon secara dalam talian (online). https://www finas.gov.my/permohonan-pekerjaan (link admin ada sediakan di bawah)

b) Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, faks tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah wajib diisi.

c) Sila isi Nama Jawatan dengan lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan.
1. Contoh: Pemandu Kenderaan Gred H11
2. Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon satu (1) jawatan sahaja.

d) Senarai dokumen berikut perlu disahkan yang perlu dimuat naik (upload):

1. Gambar berukuran pasport terkini
2. Sijil kelahiran
3. Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (pdf atau jpeg)
4. Sijil Berhenti Sekolah
5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
6. Salinan Diploma atau ljazah Sarjana Muda (bagi jawatan yang berkaitan sahaja)
7. Lesen Kenderaan (bagi jawatan yang berkaitan sahaja)

e) Sila klik butang submit. Pemohon akan menerima satu notifikasi "Permohonan anda berjaya dihantar”.

f) Calon yang berjaya dan dipanggil temu duga hendaklah membawa sijil asal dan setiap salinan berikut iaitu kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan, sijil kelulusan tertinggi dan sijil-sijil yang berkaitan jawatan yang dipohon. Semua salinan dokumen haruslah disahkan dengan cop asal (bukan cop salinan fotostat). (Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam)

g) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2021, 2022 dan 2023) dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini seta Laporan Pengisytiharan Harta. Lampiran tersebut tidak perlu dimuat naik dan hanya perlu dibawa jika terpilih untuk ditemu duga sahaja.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh tutup Permohonan : 29 April 2024 (Isnin)




Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Pengenalan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah ditubuhkan pada 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 1984) Akta 244 (Pindaan Akta A589). FINAS mula beroperasi pada 1 November 1981 di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia . Mulai 16 Oktober 1986, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Setelah itu, bermula pada 27 Mac 2004, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).

Mulai 9 April 2009, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Pada 15 Mei 2013, FINAS telah diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Post a Comment