Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 15 Mei 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29

Jadual Gaji:
Minimum : RM2,256.00
Maksimum : RM5,994.00
Kenaikan gaji tahunan : RM145.00

Elaun:
(i)   Khas : RM160.00
(ii)  Perumahan : RM300.00
(iii) Bantuan Sara Hidup :  RM350.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;

Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Matrikulasi KPM; atau (Gaji Permulaan ialah pada Gred N29: RM2,256.00)

Diploma dalam bidang berkaitan terutama bidang rekabentuk grafik atau penerbitan (Publishing)/yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi awam atau swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,(Gaji Permulaan ialah pada Gred N29:RM2,534.00)

Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 4 tahun di dalam bidang rekaletak pruf di sektor awam atau swasta.

Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam urusan pentadbiran pejabat dan rekaletak pruf termasuk;


Bidang Tugas:

Membuat reka bentuk dan reka letak bahan terbitan IKIM yang berkaitan;

Membantu Ketua Penerbit dalam urusan sistem-sistem berkaitan buku seperti Neucanvas, E-Sentral dan Ithenticate;

Membantu Ketua Penerbit menguruskan pengeluaran spesifikasi bahan dan urusan borang perkhidmatan perolehan bagi buku-buku baharu dan ulang cetak;

Membantu Ketua Penerbit membuat penetapan harga ke atas sesuatu bahan;

Membantu Ketua Penerbit dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat seperti penulisan minit mesyuarat berkaitan, penulisan surat rasmi dan laporan, dan urusan-urusan melibatkan pelancaran buku;

Membantu Ketua Penerbit dalam urusan penilaian manuskrip kepada pihak luar yang melibatkan surat pelantikan dan dokumentasi berkaitan;

Membantu Ketua Penerbit memastikan kerja-kerja dilakukan oleh pereka (designer) dan pencetak luar adalah memuaskan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.


Cara Permohonan:

(Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia
2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(U.P: Unit Modal Insan (UMIN))
 No. Tel: 03-62046259

Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Mei 2024 jam 4.30 petang.

Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. 


Catatan Am:

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mei 2024 jam 4.30 petang.




Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Post a Comment