Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 20 April 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (UNDANG-UNDANG) N48
MIN : RM2,118.00
MAKS : RM11,634.00

2. AKAUNTAN WA48
MIN : RM5,161.00
MAKS : RM11,690.00

3. JURUGEOSPATIAL J41
MIN : RM2,529.00
MAKS : RM9,643.00


Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;


Syarat-syarat Khusus

Syarat-syarat khusus adalah seperti di LAMPIRAN A. (admin sediakan link di bawah)


Tatacara Permohonan

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian melalui pautan dalam JADUAL 1 di bawah.

2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.


Catatan Am:

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan berdasarkan Prosedur Lantikan yang berkuat kuasa semasa.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia / Seksyen Perjawatan di talian 03-9206 2000:

i. Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin/ Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext : 2205)

ii. Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (ext : 2204)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup permohonan : 20 April 2024 (Sabtu)




Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Post a Comment