Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 25 April 2024

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di Bahagian Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat bagi jawatan berikut :


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,418.00
Gaji Maksimum : RM9,607.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Sara Hidup RM350.00


Syarat Lantikan Wajib:

✓ Warganegara Malaysia

✓ Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan


Syarat Lantikan Ke Gred L41:

Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda
Bidang/ Kelayakan Khusus: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : L41 : RM2,418.00

ATAU

Kelayakan Masuk : Badan Profesional
Bidang/ Kelayakan Khusus: Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)
Gaji Permulaan : L41 : RM2,418.00

DAN


Syarat Lantikan Tambahan:

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian diperingkat SPM/SVM

DAN

Bidang Kelayakan Akademik: Undang-Undang


Syarat Lantikan Tambahan Jabatan:

✓ Berpengetahuan berkaitan Akta dan Undang-Undang Negeri Johor

✓ Boleh menulis dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris


Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal Negeri Johor.


*Sila baca maklumat iklan dan cara mohon melalui link yang disediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 25 April 2024 (Isnin)





Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor-banyakjawatan

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.