Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Makmal i-CRIM, ALAF-UKM) - 6 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Makmal i-CRIM, ALAF-UKM memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat  dan memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,505.00
Gaji Maksimum : RM 5,696.00
Kenaikan gaji tahunan RM145.00

Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 160.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 350.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Kelayakan akademik seperti berikut: 

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; atau

Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya).


2. PEMBANTU TADBIR N19 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kenaikan gaji tahunan RM100.00

Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 115.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 350.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Kelayakan akademik seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau;

ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang

iii. diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau;

iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80). 


Cara Memohon:

a) Menghantar surat permohonan dengan mengemukakan Latar Diri lengkap dengan sijil/dokumen berkaitan yang telah disahkan melaui Google Form di pautan seperti berikut (link admin ada sediakan di bawah)

b) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman di Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), UKM Bangi.

c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Ketua Pentadbiran ALAF-UKM
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan
Fizikal UKM (ALAF-UKM)
UKM Bangi, Selangor.
No. Tel: 03-8911 8290/8515
(e-mel: kpalaf@ukm.edu.my )


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mei 2024 (Isnin)





Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.