Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri - 16 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED 41 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum = RM 2,080.00
Gaji Maksimum : RM 9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00

Tempoh : Kontrak Perkhidmatan (COS)
Penempatan : Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada dua puluh dua (22) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan (Undang-undang / Sains Politik / Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan,

4. Syarat Bahasa Melayu - memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

5. Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan;

6. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Malaysian University English Test (MUET) Band 4 dan ke atas; dan

7. Calon fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihnan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat e-mel vacancy@idfr.gov.my dengan tajuk “Pegawai Penyelidik Gred 41” dengan mengemukakan dokumen berikut seperti dibawah:

1. Resume lengkap berserta gambar berukuran pasport;
2. Salinan kad pengenalan;
3. Salinan sijil kelahiran;
4. Salinan sijil berhenti sekolah;
5. Salinan sijil kelulusan akademik termasuk sijil SPM;
6. Salinan transkrip akademik; dan
7. Salinan sijil lain yang berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperaku sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas).

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi pegawai di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan seperti berikut:

1. Encik Amiruddin bin Zaidi : 03-2149 1023
amiruddin@kin.gov.my

2. Puan Nur Faziina Basiron : 03-2149 1066
fazlina@idfr.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mei 2024 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini


Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Latar Belakang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.