Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka - 8 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Kekosongan : 1 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred : N41
Taraf Jawatan : Kontrak
Kementerian/Jabatan : Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N41 : RM2,080.00); atau

d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N41 : RM2,283.43); atau


Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dengan mengemukakan resume bergambar yang lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik/ kemahiran dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

YB Pegawai Kewangan Negeri Melaka
Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka
Aras 3 & 4, Blok Bentara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, MELAKA
(u.p. : Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia)

2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 Mei 2024 (Rabu) jam 5.00 petang.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan jawatan, hendaklah mengganggap permohonan anda tidak berjaya.

4. Permohonan yang berikut akan akan ditolak:

i. Resume yang tidak lengkap;

ii. Tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;

iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iv. Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mei 2024 (Rabu) jam 5.00 petang.




Jawatan Kosong di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka

Latar Belakang

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka adalah sebuah jabatan yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Kewangan Negeri Melaka dan menyediakan Akaun Tahunan Negeri. Jabatan ini diketuai oleh YB Pegawai Kewangan Negeri. YB Pegawai Kewangan Negeri adalah bertanggungjawab menggubal dasar dan mewujudkan strategi Belanjawan Negeri dan mencari punca-punca hasil bagi menambah hasil negeri bersesuaian dengan kehendak Belanjawan Tahunan Negeri Melaka.