Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Pertanian Sarawak - 15 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Pertanian Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pertanian Sarawak


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN, GRED G29

Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

(ii) diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PENOLONG JURUUKUR, GRED JA29

Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,549.00); atau

(ii) diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM1,935.02).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Semua pemohon hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web https://erecruitment.sarawak.gov.my

Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, pemohon-pemohon boleh menghubungi Jabatan Pertanian Sarawak


Nota:
 
1. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan dimuat naik di dalam sistem e-recruitment.

2. Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/atau Unified Examination Certification (UEC) hanya diperluaskan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mei 2024 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap




Jawatan Kosong di Jabatan Pertanian Sarawak

Latar Belakang

Jabatan Pertanian Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1924 apabila seorang Pengarah Pertanian British telah dilantik. Inilah mula penglibatan Kerajaan membangunkan pertanian di Sarawak.

Usaha-usaha pembangunan pertanian yang melibatkan tanaman telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian mulai 1929. Semenjak itu, ia telah berkembang pesat dalam soal tenaga kerja dan meliputi pelbagai program serta aktiviti.

Pada masa kini, tumpuan Jabatan bukan hanya pada tanaman, tetapi juga perikanan darat, penyelidikan & pembangunan, pembangunan institusi peladang dan pembangunan sumber manusia & pengembangan.