Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - 4 Jun 2024 [5 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA/IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN

1. PEGAWAI LATIHAN GRED E41 - 5 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,083.00
Gaji Maksimum : RM9,549.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau  

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau  

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau  

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau  

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau  

(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau  

(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Jun 2024 (Selasa) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong 2023 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Latar Belakang

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.