Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 7 Jun 2024

Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

2. PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

3. PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

4. PEGAWAI PENYELIDIK Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

5. PEGAWAI TADBIR (UNDANGUNDANG) N48

6. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

7. AKAUNTAN WA41


Syarat Umum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Tatacara Permohonan:

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred
jawatan secara atas talian melalui pautan dalam JADUAL 1 di bawah.

2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.



Tarikh tutup permohonan : 07 Jun 2024 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.