Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) - 21 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)


Jawatan:

1. EKSEKUTIF PENTADBIRAN (RUMAH MAMPU MILIK) 9

(a) Jawatan : Eksekutif Pentadbiran (Rumah Mampu Milik)
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
(c) Bidang Perkhidmatan :
i. Ekonomi
ii. Pentadbiran Am/Perniagaan
iii. Kejuruteraan/Ukur Bahan/Arkitek
iv. Perundangan
Gred 9 : Penetapan Gaji Permulaan RM3,335.00


Syarat Lantikan:

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan (Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Kepujian dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan)

(d) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.
(Gaji permulaan ialah gaji minimum Gred 9); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun.
(Gaji permulaan ialah tambahan 10% daripada gaji minimum Gred 9); atau

(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan. [Senarai Badan Ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan]
(Gaji permulaan ialah tambahan 10% daripada gaji minimum Gred 9); atau

(iv) Keutamaan bagi calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran/perundangan/pemasaran.

(e) Tambahan % gaji permulaan daripada gaji minimum Gred 9 adalah khusus bagi bidang tugas yang berkaitan dengan sesuatu kelayakan/pengalaman itu sahaja.


Keterangan:

1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dengan melayari https://www.lpnpp.gov.my

2. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada

Bahagian Pengurusan
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang
Paras 20, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
10503 Pulau Pinang


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup permohonan : 21 Mei 2024 (Selasa)




Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 24 Tahun 2020 bertarikh 08 Julai 2020. Pengoperasian secara rasmi LPNPP adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 melalui pewartaan tarikh kuat kuasa Enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 [Warta No. 580] yang bertarikh 24 Julai 2020. Secara umumnya, LPNPP masih menjalankan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selain daripada itu, LPNPP bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan serta melestarikan pemajuan perumahan, khususnya pembangunan rumah mampu milik dan pembangunan semula bandar di seluruh negeri Pulau Pinang.