Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan Button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) - 24 Mei 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29


2. Jadual Gaji:

Minimum : RM1 ,493.00
Maksimum : RM5,696.00


3. Syarat -syarat

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki syarat-syarat seperti berikut-

a) warganegara Malaysia

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) mempunyai lesen memandu kelas D

d) Mempunyai kelayakan akademik:

i. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian, hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, sains penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Kelulusan Diploma/Sijil mestilah setaraf dengan diploma/sijil dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan/Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi yang lain. Disemak di dalam sistem pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam (eSisraf)

e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita

iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9  tanpa menggunakan cermin mata; dan

vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


4. Penetapan gaji permulaan

f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

i. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

ii. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian, hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf olen Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15)


5. Taraf jawatan : Kontrak


6. Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan, aktiviti kuarantin dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin di Malaysia bagi memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan bebas dari ancaman perosak, penyakit, bahan cemar.


7. 7.1. Elaun:

i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
ii. Imbuhan Tetap Perumahan
iii. Bayaran Imbuhan Sara Hidup


7.2. Kemudahan:

i. Cuti Rehat (25 hari setahun)

ii. Faedah Rawatan Perubatan {diri/ isteri/ suami/anak dan ibu bapa)


8. Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Penguatkuasa adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


9. Cara-cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang MAQIS/KONTRAK/1/2023 (boleh muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah). Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan, dan dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani No. 28,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA


10. Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas sebelum atau pada 24/5/2024. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada MAQIS ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.


11. Pertanyaan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan boleh menghubungi:-

Puan Noor Azleeza binti Mohd Noor
Emel : azleeza@magis.gov.my
Telefon :03-8870 1974

Encik Ku Akram Bin Ku Mansor
Emel : kuakram@magis.qov.my
Telefon :03-8870 1975

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Mei 2024 (Jumaat)



Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebagai sebuah Jabatan bagi mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikrooganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Post a Comment