Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka - 23 Mei 2024 [30 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/ STAM/ DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 18 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau



2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 22 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,698.00
Gaji Maksimum : RM5,717.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau  

(ii) diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mei 2024 (Khamis) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong 2022 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Latar Belakang

Pada tahun 1983, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)  Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allhayarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.