Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Meteorologi Malaysia - 27 Mei 2024 [270 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Meteorologi Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Meteorologi Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/SIJIL MATRIKULASI KPM/SIJIL/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI GRED C29 - 
270 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,505.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12); atau

diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Meteorologi Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Mei 2024 (Isnin) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Meteorologi Malaysia

Latar Belakang

Jabatan Meteorologi Malaysia merupakan agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari. MetMalaysia bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu MetMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana. MetMalaysia juga membekalkan perkhidmatan meteorologi penerbangan untuk melancarkan operasi penerbangan pesawat udara dan perkhidmatan geofizik bagi mengesan kejadian gempa bumi serta pengeluaran amaran tsunami untuk Malaysia.