Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) - 28 Mei 2024 [188 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SPM & SKM

1. PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19 - 188 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan
 
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam aktiviti memastikan perkhidmatan operasi mencapai standard dan prosedur yang ditetapkan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah Cap, 123), Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak Cap, 123), Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-peruntukan Khas) 1975 (Akta 1952), Akta Pendaftaran Pengangkutan 1952 (Akta 253) dan Adaption Ordinance 1941 (Sarawak Cap. 91), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), Perlembagaan Persekutuan, Bahagian III (Kewarganegaraan) dan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2024 (Selasa) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)

Latar Belakang

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.