Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - 31 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)


Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41

2. PEGAWAI PENYELIDIK Q41

3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

4. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

5. PEGAWAI TADBIR N41

6. PEGAWAI JURUTERA J41

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29

9. PENOLONG AKAUNTAN W29

10. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

11. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19

13. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

14. PEMANDU KENDERAAN H11

15. PEMBANTU OPERASI N11





Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan yang boleh diperoleh daripada portal korporat MTIB di www.mtib.gov.my dan e-mel ke erecruitment@mtib.gov.my. Pernyataan Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain untuk permohonan jawatan berkenaan boleh didapati melalui laman web www.mtib.gov.my (admin ada sediakan link muatturun borang di bawah). Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan seperti alamat berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
(u.p:  Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2024 (Jumaat)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini





Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Latar Belakang

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTIB adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. MTIB berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara supaya ia berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

MTIB ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105]. Akta ini adalah sebuah Akta Persekutuan Malaysia yang dibuat pada 1 Jun 1973 yang merupakan satu pertubuhan perbadanan atau sebuah agensi badan berkanun persekutuan di bawah naungan dan seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Bagi memastikan MTIB terus menjadi agensi peneraju dalam pembangunan industri perkayuan negara, Akta 105 telah melalui satu pindaan secara menyeluruh pada tahun 2010 dan seterusnya telah dikuatkuasakan melalui penyiaran dalam Warta Kerajaan pada 15 Mac 2011.