Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Penjara Malaysia - 28 Mei 2024 [425 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Jabatan Penjara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Penjara Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM & SKM

1. PEGAWAI PENJARA GRED KA19 - 
425 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM3,824.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,360.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,418.12);

atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,476.24)
 
d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:  
 
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penjara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2024 (Selasa) (Selasa) jam 11:59 malam

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Penjara Malaysia

Sejarah

Sistem penjara sudah wujud semenjak Zaman Kesultanan Melayu lagi. Pesalah yang melakukan jenayah akan dipenjarakan mengikut hukuman yang ditetapkan oleh pembesar negeri. Pada kebiasaannya banduan diletakkan di sesuatu bangunan dalam satu tempoh waktu yang panjang bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Peluang mendapat pengampunan amat tipis dan ini menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan. Keadaan ini membolehkan keamanan dipelihara dengan baik. Langkah memberikan hukuman yang berat ini juga bertujuan membendung penentangan masyarakat tempatan kepada pembesar dan pemerintah.