Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 17 Julai 2024

Jawatan Kosong 2024 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEMASARAN GRED EP29

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Julai 2024 jam 4.30 petang.


2. FELOW KANAN GRED DQ54

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

4. PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN GRED W29

5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Julai 2024 jam 4.30 petang.


Cara Permohonan:

(a)  Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan (UMIN))
Tel: 03-62046259

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 5 Julai 2024 jam 4.30 petang.

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.




Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.