Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) - 14 Jun 2024

Jawatan Kosong 2024 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)


Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Penempatan : Unit Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
Kadar Upah : Gaji Minimum Gred FA29: RM1,549.00
Bilangan Kekosongan : Satu (1) kekosongan


Syarat lantikan:

Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Deskripsi Tugas:

Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam Programming Languange dan Database Languange terutamanya PHP, dan MySQL;

Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam Content Menagement System (CMS) seperti Joomla dan WordPress.

Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pembangunan sesebuah sistem/ aplikasi;

Mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam mengendali dan mengurus rangkaian dan server-server bagi sistem-sistem IYRES;

Mempunyai kemahiran dalam menyediakan bahan-bahan infografik;

Mempunyai kemahiran dalam menyedia, mengendali dan menyelenggara peralatan ICT;

Bertanggungjawab dalam membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, mengembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, menyelenggara sistem dan memberi latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

Menjalankan lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

Salinan Sijil Kelahiran;
Salinan Kad Pengenalan;
Salinan Diploma/Ijazah Sarjana Muda;
Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
Borang permohonan perjawatan (link muatturun admin sediakan di bawah)

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan;

Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan melalui e-mel adalah TIDAK DITERIMA;

Permohonan secara bercetak perlu dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

(f) Tarikh Iklan :  6 Mei 2024 hingga 13 Mei 2024

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2024 (sebelum jam 12.00 tengah hari)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)-banyakjawatan

Latar Belakang IYRES

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 bersempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Penubuhan IYRES ini sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional Teras Ke-10 iaitu Teras Penyelidikan dan Pembangunan. Nama IPPBM dijenamakan kepada Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) pada 6 Februari 2014 oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia. Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.