Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Johor - 4 Julai 2024

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Menteri Besar Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Menteri Besar Johor


Jawatan:

1. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 (TUKANG MASAK)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


2. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (PELAYAN RUMAH)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,216.00
Gaji Maksimum : RM 2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00




Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https:/Avww.johor.gov.my/ (admin sediakan link di bawah untuk muatturun iklan penuh)

(b) Borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini dan SALINAN DIAKUI SAH dokumen-dokumen berikut:

(i) Salinan Sijil Kelahiran
(ii) Salinan Kad Pengenatan
(iii) Salinan Surat Berhenti sekolah yang terakhir
(iv) Salinan PMR/SPM/Sijil/Diploma beserta transkrip penuh
(v) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

(c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU


Catatan:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Julai 2024 (Khamis) Jam 3:30 Petang




Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Johor

Objektif
  • Menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep Kerajaan Berwawasan, Adil dan Efisien.
  • Memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor.
  • Menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.
  • Menentukan masyarakat yang progresif dan berdikari dapat diwujudkan hasil daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan.
  • Menentukan bahawa setiap program pembangunan diterima oleh kumpulan sasar terutamanya di kawasan yang kurang maju samada di kawasan bandar atau luar bandar.
Post a Comment

Post a Comment