Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Arkib Negara Malaysia - 22 Julai 2024 [11 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Arkib Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Arkib Negara Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SPM / SPM & SKM

1. PEMBANTU ARKIB GRED S19 11 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:  

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00)
atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40)
atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)
 

Deskripsi Tugas: 

Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Arkib Negara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Julai 2024 (Isnin) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Arkib Negara Malaysia-banyakjawatanmy

Ringkasan Sejarah Penubuhan Arkib Negara Malaysia

Ditubuhkan pada 1.12.1957 sebagai pejabat Rekod Awam. 1963 dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia. 1966 akta Arkib Negara No.44, Tahun 1966 diluluskan. 1966 bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya dirasmikan. 1982 Arkib Negara Malaysia berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. 2003 Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) diluluskan. 2004 Arkib Negara Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Pengurusan Rekod Kerajaan.