Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 11 Julai 2024 [7 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/ SPM & SKM

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 - 7 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,353.00
Gaji Maksimum : RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
   
 
Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau

(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau

(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
 

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Julai 2024 (Khamis) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Profil

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.