Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Labis (MDL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Labis (MDL)
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAAN/OPERASI) GRED N19 - 2 Kekosongan
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Ogos 2024 (Ahad)
Latar Belakang
Daerah Kecil Labis dahulunya adalah gabungan beberapa Kampung Melayu yang di antaranya terdiri dari Kampung Paya Merah, Kampung Tenang, Kampung Sungai Gatom dan beberapa kampung lain.Penduduk kebanyakan bersawah padi untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan utama disamping ternakan ayam dan itik. Terdapat sebuah ladang getah yang dibuka oleh Inggeris dikenali sebagai North Labis Estate dan beberapa ladang di sekitar labis. Dengan adanya ladang kelapa sawit di chaah, telah menyebabkan kemasukan kaun India sebagai buruh di ladang.
Pekan Labis, Chaah dan Bekok pula, suatu masa dahulu adalah kawasan penempatan semula kaum cina semasa berlaku darurat, di mana kerajaan telah membina rumah-rumah tersusun bagi menempatkan penduduk-penduduk dari kawasan pendalaman dan hutan daripada diburu atau dipengaruhi anasir komunis pada masa itu.