Jawatan Kosong 2024 di Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Ugama Islam & adat Resam Melayu Pahang MUIP
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
2. PEMBANTU JURUAUDIT W19
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di atas dan ,muatturun borang permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah. Semoga berjaya semua..
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Ogos 2024 (Isnin)
Pengenalan
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini.