Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) - 20 Ogos 2024 [31 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SPM / SPM & SKM (SEMENANJUNG)

1. PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 - 31 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

warganegara Malaysia; dan  

berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
 
samb..

   
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Jawatan Kosong di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)-banyakjawatanmy-SPA

Latar Belakang

Sejarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah berkait rapat dengan Pasukan Home Guard yang ditubuhkan bertujuan bagi menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan telah dibubarkan selepas darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Pada tahun 1963 hingga 1965, Pasukan Sukarelawan telah ditubuhkan semula dengan nama Pasukan Kawalan Khas berikutan negara menghadapi ancaman konfrontasi dengan Indonesia untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan serta membantu agensi keselamatan. Pasukan Kawalan Khas telah dibubarkan selepas tamat konfrontasi.