Jawatan Kosong 2024 di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Gaji Ditawarkan:
• Gaji Pokok : RM1,493.00
• Elaun Tetap Perumahan: RM300.00
• Elaun Sara Hidup : RM350.00
• Elaun ITKA : RM160.00
Syarat Lantikan:
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.
Diskripsi tugas:
Melapor kepada Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah;
Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah mengkoordinasi penglibatan YWM dalam dasar-dasar Kerajaan memfokuskan kepada pembangunan wakaf negara melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Rancangan Malaysia lima tahun, Agenda Pembangunan Bumiputera dan lain-lain yang berkaitan;
Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah merancang dan melaksanakan program pembangunan hartanah wakaf dengan kerjasama JAWHAR, MAIN Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal dan juga pemegang-pemegang taruh (stake holders) wakaf lain;
Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah merancang dan melaksanakan program pembangunan wakaf dan bukan wakaf bagi tujuan menjana pendapatan kepada YWM;
Menyediakan analisa kewangan (financial analysis) dan due deligence bagi cadangan Projek Wakaf Ekonomi;
Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah mendapatkan input bagi menyediakan tatacara pengurusan bagi proses-proses yang berkaitan dengan pelaksanaan program-program dasar dan pembangunan YWM;
Membantu menyediakan input bagi penyediaan kertas dasar untuk diangkat ke Jawatankuasa berkaitan;
Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah menyediakan input Bahagian bagi penyediaan Pelan Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) YWM;
Membantu menyelaras mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan kerjasama dan lain-lain yang berkaitan;
Membantu mengemaskini Fail Meja bahagian; dan
Melaksanakan tugas-tugas umum pentadbiran Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM.
Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap beserta gambar berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan kepada:
Bahagian Pengurusan
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya
Tarikh tutup iklan ialah pada 09 Ogos 2024 (Jumaat).
Catatan am:
a) Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang.
Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat