Jawatan Kosong 2024 di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Jawatan:
KPTM IPOH
1. PENSYARAH TESL - 3 Kekosongan
2. PENSYARAH BAHASA INGGERIS - 1 Kekosongan
3. PENSYARAH MATA PELAJARAN UMUM (MPU) - 1 Kekosongan
4. PENSYARAH PEMASARAN - 1 Kekosongan
5. PENSYARAH SAINS KOMPUTER - 2 Kekosongan
6. PENSYARAH MATEMATIK - 1 Kekosongan
Tarikh tutup : 31 Oktober 2024
KPTM KUANTAN
1. PENSYARAH SAINS SUKAN
2. PENSYARAH PENGURUSAN PERNIAGAAN
3. PENSYARAH PERAKUANAN
4. PENSYARAH SAINS KOMPUTER - 2 Kekosongan
5. PENSYARAH KEJURUTERAAN AWAM
Tarikh tutup : 03 November 2024
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003. KPTM diuruskan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.
Bermula pada Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan. Pada Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program ijazah pemindahan 2+2.