Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) - 30 Jun 2025

Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA5 - 2 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA5 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5 - 1 Kekosongan

4. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1 - 2 Kekosongan

5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N1 - 1 Kekosongan

6. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W1 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 1 Kekosongan

8. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 - 10 Kekosongan

9. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1 - 1 Kekosongan




*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di atas sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2025 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap Jawatan



Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)


Pengenalan

Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.

Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

Pejabat  Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat  ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa  pemerintahan Raja George VI.