Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Jawatan:
1. SETIAUSAHA PEJABAT N5
2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N1
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N1
4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT1
5. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E1
6. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di atas sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2025 (Jumaat)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTIB adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. MTIB berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara supaya ia berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
MTIB ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105]. Akta ini adalah sebuah Akta Persekutuan Malaysia yang dibuat pada 1 Jun 1973 yang merupakan satu pertubuhan perbadanan atau sebuah agensi badan berkanun persekutuan di bawah naungan dan seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Bagi memastikan MTIB terus menjadi agensi peneraju dalam pembangunan industri perkayuan negara, Akta 105 telah melalui satu pindaan secara menyeluruh pada tahun 2010 dan seterusnya telah dikuatkuasakan melalui penyiaran dalam Warta Kerajaan pada 15 Mac 2011.