Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) - 31 Julai 2025

Jawatan Kosong 2025 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)


Jawatan:

1. PENYELIA CAWANGAN (AR RAHN GERIK)

Tarikh tutup : 31 Julai 2025

Syarat Kelayakan:
  1. Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
  2. Memiliki Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office;
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang Ar-Rahnu;
  5. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan;
  6. Berintegriti, amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan tugas serta boleh bekerja secara berpasukan;
  7. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  8. Berpenampilan menarik dan kemas; dan
  9. Boleh ditempatkan di mana-mana cawangan jika berjaya di dalam temuduga.

2. EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Tarikh tutup : 25 Julai 2025

Syarat Kelayakan:
  1. Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun;
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
  4. Berpengalaman dalam bahasa pengaturcaraan (.Net, C++, PHP) dan menguruskan pangkalan data (MS SQL dan MySQL) adalah diutamakan;
  5. Berpengetahuan berkaitan sistem operasi (Window/Linux) dan sistem SAP adalah satu kelebihan;
  6. Berkemahiran dalam mengendali CMS (WordPress, Joomla ! dan Media Sosial);
  7. Berkebolehan mengaturcara aplikasi mudah alih (Android/Ios) dan hal berkaitan rangkaian komputer dan internet;
  8. Berkeupayaan menjalankan kerja multi – tasking dalam satu masa;
  9. Bertanggungjawab, jujur, amanah dan boleh bekerja secara individu atau secara berkumpulan dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum.



Cara memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN yang terdapat di laman web http://www.kpf.my/informasi/kerjaya.html dan dikemukakan ke alamat seperti berikut:

Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Aras 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-26942095 samb. 119/171
adminhr.kpf@felda.net.my

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga




Jawatan Kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)-banyakjawatan

Company Overview

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).