Jawatan Kosong 2025 di Majlis Daerah Raub (MDR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Raub (MDR)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN, GRED W5
2. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA, GRED JA5
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N1
4. PEMBANTU PENGUAT KUASA, GRED KP1
5. PEMBANTU KEMAHIRAN, GRED H1
6. PEMBANTU KHIDMAT AM, GRED H1
7. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA, GRED JA5
8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N5
9. PEMBANTU PENILAIAN, GRED W1
*Sila rujuk iklan lengkap di atas sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 08 Ogos 2025 (Jumaat)
Raub merupakan salah satu bandar pelancongan Negeri Pahang Darul Makmur. Keindahan alam semulajadi menjadikan bandar Raub tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.
Majlis Daerah Raub telah ditubuhkan melalui warta kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 04 Jun 1981 Jilid 34/12, No. Gn 339, Pekan No.Pw 1236 yang berkuatkuasa pada 01 Julai 1981. Ianya merangkumi kawasan seluas 110.31 kilometer persegi. Oleh yang demikian perluasan keseluruhan kawasan majlis telah bertambah menjadi 977.207 kilometer persegi.