Jawatan Kosong 2025 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP)
Jawatan:
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9
2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S5
3. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT5
4. PEMBANTU SYARIAH GRED LS1
5. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
Permohonan:
Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem KerjayaSPA https://kerjayaspa.perak.gov.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan, SPA Perak (05-2410734) atau talian terus (05-2540615)
Hanya permohonan di dalam tempoh iklan ( 30.06.2025 hingga 13.07.2025) sahaja akan diproses.
Permohonan kekal berkuat kuasa sehingga iklan baru jawatan yang sama dikeluarkan.
Tarikh Tutup Permohonan : 13 Julai 2025 (11.59 Malam)
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.