Jawatan Kosong 2025 di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM (H1)
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong
Senarai Dokumen yang diperlukan :
Satu (1) keping gambar berukuran passport
Salinan sijil-sijil dan dokumen sokongan yang telah disahkan.
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran (32cm x 22cm) . Sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon pada sudut atas sebelah kiri sampul.
Hantar permohonan pada alamat berikut :
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
Tingkat 1 & 2, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi,
Kota Iskandar, 79603 Iskandar Puteri, Johor.
*Sila baca iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2025 (Jumaat)
Pengenalan
Keluarga Adalah Unit Terkecil Di Dalam Satu-Satu Masyarakat Namun Pembangunannya Secara Langsung Atau Tidak Adalah Merupakan Pembangunan Masyarakat Berkenaan. Jika Diperluaskan Lagi Konsepnya Maka Pembangunan Masyarakat Keluarga Itu Akan Menjadi Faktor Penentu Dalam Pembangunan Satu-Satu Bangsa Itu.
Dalam Hal Itu Adalah Penting Bahawa Pembangunan Keluarga Dirancang Dan Dilaksanakan Supaya Meliputi Segala Aspek Dan Aktiviti Kehidupan Manusia Amnya Dan Keluarga Khususnya, Dengan Tumpuan Perhatian Kepada Aspek-Aspek Sosial, Ekonomi Juga Politik.
Di Atas Kesedaran Inilah Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim Telah Bersetuju Menubuhkan Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Bilangan 2 Tahun 1997 Yang Telah Diluluskan Oleh Dewan Undangan Negeri Pada 19 Mei 1997. Maka Bermulalah Operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim Pada 1 Oktober 1997.