Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) - 20 Ogos 2025 [79 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2025 di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM

1. PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP9 - 17 Kekosongan






KELULUSAN MINIMUM: SPM

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP5 - 62 Kekosongan





Jawatan Kosong di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN

Ringkasan Sejarah

Sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 sehingga bulan Mac 1951, pentadbiran Malaysia di peringkat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat (Central Government) telah diuruskan oleh tiga orang pegawai tinggi Inggeris yang digelar Ketua Setiausaha atau Setiausaha Kerajaan (Chief Secretary), Peguam Negara (Attorney General) dan Setiausaha Kewangan (Financial Secretary).

Dalam bulan Mac 1951, pemerintahan penjajah Inggeris di Persekutuan Tanah Melayu telah membuat satu perubahan penting lagi bersejarah dengan mengadakan satu cara baru yang dinamakan 'Sistem Ahli' (Member System).Pada masa itulah mula wujudnya portfolio atau jabatan yang dinamakan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri yang kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sehingga kini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani sejarahnya tersendiri dan beberapa kali bertukar nama dari Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri (Department of Home Affairs), Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan (Ministry of the Interior and Justice), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of the Interior) dan Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Internal Security), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) dan kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.