Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Jawatan:
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E9
2. PEGAWAI PERTANIAN GRED G9
3. JURUTERA GRED J9
4. PEGAWAI TADBIR GRED N9
5. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W1
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1
7. PEMBANTU KHIDMAT AM (AWAM) GRED H1
8. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU) GRED H1
9. PEMBANTU KHIDMAT AM (OPERASI) GRED H1
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari pautan Laman Web https://e-perjawatan.mada.gov.my/ atas talian.
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan semasa temuduga.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Ogos 2025 (Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 17 Ogos 2025 (Ahad)
Pada tanggal 27 Mac 1982 bersamaan 2 Jamadil Akhir, telah berlangsungnya perletakan batu asas Kompleks Ibu Pejabat MADA yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad.
Perletakan batu asas ini telah menjadi lambang pengorbanan dan sumbangan para petani negeri Kedah Darulaman kepada keperluan beras negara. Ianya juga menjadi lambang kemegahan hasil usaha gigih serta kerjasama erat antara masyarakat tani dengan seluruh petugas MADA bagi menjayakan tanaman dua kali setahun sejak lebih 46 tahun yang lalu.