Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) - 15 Ogos 2025

Jawatan Kosong 2025 di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L10 - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI PENGUAT KUASA KP9 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5 - 1 Kekosongan

4. PENOLONG AKAUNTAN W5 - 1 Kekosongan

5. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP1 - 6 Kekosongan

6. PEMBANTU TADBIR N1 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU KHIDMAT AM (PENGHANTAR NOTIS) H1 - 1 Kekosongan

8. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMBERSIHAN) H1 - 2 Kekosongan

9. PEMBANTU KHIDMAT AM (LOGISTIK) H1 - 1 Kekosongan


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2025 (Jumaat) 12.30 Tengah Hari




Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Latar Belakang

Bermula dengan penubuhan Majlis Daerah Petaling (MDP) pada 1 Januari 1977 dengan dua Pelan Warta (PW) iaitu PW 463 dan PW 511 meliputi sebahagian kecil Daerah Petaling. MDP telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 26 bertarikh 2 Januari 1997. Kawasan pentadbiran MPSJ adalah seluas 16180.00 hektar sebahagian daripada keluasan Daerah Petaling yang meliputi Mukim Petaling dan Mukim Damansara. Keluasan pentadbiran MPSJ adalah merujuk kepada Pelan Warta 1192 .

Kemudiannya MPSJ telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya yang dikenali dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bil. Jil. 73 No. 21 bertarikh 8 Oktober 2020 dengan keluasan pentadbiran yang sama seperti Pelan Warta 1192.