Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Hulu Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hulu Selangor
Jawatan:
1. JURUTERA J9
Gred : J9
Taraf : Kontrak
Gaji Minimum : RM 2,250.00 - Gaji Maksimum : RM 11,110.00
Syarat Kelayakan:
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)
(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred J9 : RM2,690.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Gred JA5, JA6, JA7 dan JA8 dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB5, AB6, AB7 dan AB8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b) had umur pelantikan:-
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.
2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9
Gred : U9
Taraf : Kontrak
Gaji Minimum : RM 2,250.00 - Gaji Maksimum : RM 11,110.00
Syarat Kelayakan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam merancang, mengurus dan menilai program:
a. Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
b. Keselamatan dan kualiti makanan.
c. Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)
d. Perundangan dan Penguatkuasaan
e. Pengurusan dan analisis data
f. Promosi kesihatan dan risiko komunikasi
g. Merancang keperluan sumber manusia, kewangan dan logistik
h. Penyelidikan dan pembangunan
i. Merancang program intervensi
*Sila baca iklan lengkap sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh permohonan pada : 03 September 2025 (Rabu)
Latar Belakang
Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi, Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka.Jumlah penduduknya lebih kurang 178,500 orang(2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Selangor,dan kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.
Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”.