Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak
Jawatan:
1. PEMBANTU PENGUATKUASA - 16 Kekosongan
2. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU KENDERAAN)
PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMBANTU OPERASI)
3 Kekosongan
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 08 Ogos 2025 (Jumaat)
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994 mengikut Seksyen 3 ( 1) Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar, 1993 (Bab 84 - Undang-Undang Sarawak). NREB ditugaskan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan mampan.
Penubuhan Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak
Berikutan sidang kemuncak dunia mengenai pembangunan mampan atau "World Summit on Sustainable Development (WSSD)" yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengubal undang-undang "Natural Resources and Environment (Amendment) Ordinance, 1993 (Cap. 84 - Laws of Sarawak)". Bersesuaian dengan Perkara 3 (1) undang-undang tersebut, maka Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (dahulunya Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1994, yang bertanggungjawab untuk melindungi dan menguruskan alam sekitar serta sumber asli di negeri Sarawak.