Jawatan Kosong 2025 di Syarikat Air Darul Aman (SADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Darul Aman (SADA)
Jawatan:
1. EKSEKUTIF TEKNIKAL GRED EX2
2. EKSEKUTIF TEKNIKAL GRED EX1
3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED EX1
4. JURUTEKNIK GIS GRED NE5
5. JURUTEKNIK UKUR BAHAN GRED NE5
6. KREW (KONTRAK) GRED NE1
Cara Memohon:
Calon-calon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan “Resume” dan dokumen Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil Akademik (Transkrip Ijazah / Transkrip Diploma / Transkrip Sijil / Transkrip SPM) , Sijil Berhenti Sekolah dan Salinan Lesen Memandu (calon jawatan Krew sahaja) ke pautan http://recruitment.sada.com.my atau kod QR untuk imbasan.
Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu diiktiraf kelayakan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semakan boleh dibuat melalui https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (perlu disertakan sebagai lampiran).
Permohonan daripada calon dalaman perlulah dilakukan melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia & Korporat ( SADA HRC ) dengan mengemukakan bersama-sama Surat Sokongan Ketua Jabatan / Pengurus Wilayah. Hanya calon yang telah disahkan dalam perjawatan semasa sahaja layak memohon.
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Ogos 2025 (Khamis) jam 5.00 petang
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah dan merupakan syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) yang telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010.
Semua Jabatan Bekalan Air Negeri dan Lembaga Air Negeri perlu dikorporatkan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2008 dan kesemua operator air perlu dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dibawah Akta 655.
Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2008 telah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 18 November 2007 dan diwartakan penguatkuasaannya mulai 1 Januari 2010. Enakmen tersebut membolehkan Kerajaan Negeri memindahkan harta, hak dan liabiliti Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air kepada suatu Syarikat Pengganti yang akan berfungsi sebagai operator bekalan air bagi menggantikan JBAK.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang bermesyuarat pada 3 Jun 2009 telah bersetuju dengan penubuhan sebuah syarikat pengurusan air negeri yang akan mengambil alih tugas JBAK dan dikorporatkan pada tahun 2010. MMK juga bersetuju untuk mendaftarkan SADA sebagai syarikat pengurusan air terawat Negeri Kedah.
SADA kini beroperasi sebagai sebuah syarikat korporat yang mementingkan pentadbiran berkualiti demi menjaga kepentingan pengguna di Negeri Kedah agar mendapat air terawat yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO).