Jawatan Kosong 2025 di Majlis Sukan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Kelantan
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR
Syarat Kelayakan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia
b. Lelaki
c. berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,250.00); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9: RM2,470.00).
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab perancangan, penggubalan, pelaksanaan, dan penilaian dasar serta program kerajaan, pengurusan sumber manusia, kewangan, dan aset, penyeliaan kakitangan, perolehan bekalan dan peralatan, serta tindakan sebagai penghubung antara jabatan dan pihak berkepentingan untuk memastikan operasi yang cekap dan berkualiti.
Cara Memohon:
i. Menghantar borang permohonan dengan mengemukakan Resume Lengkap beserta sijil/dokumen dengan melampirkan surat berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Wisma Sukan Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu Kelantan;
ii. Borang Permohonan boleh di ambil di Pejabat Majlis Sukan Negeri Kelantan atau pada di pautan https://tinyurl.com/2rbfxd9c ;
iii. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman dan diikuti dengan penilaian tugasan yang akan diberikan kepada calon;
iv. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK;
v. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Perhatian:
i. Permohonan yang dihantar tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
iii. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis akan dipanggil untuk temuduga.
iv. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
v. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
Tarikh Tutup Permohonan : 11 September 2025 (Jam 3.30 Petang)
*Sila baca iklan lengkap jawatan sebelum membuat permohonan.

